Sambil duduk tengok crita kartun bersama adik aku yang masih lagi dlm proses untuk baik sunat ni, tetiba aku teringat 1 tugasan yg diberikan oleh sifu aku tu..cceewwaahh!!! mcm tugasan penting lak kan..hihi..bukan apa, tgh boring2 ni, ok gak kalau aku update blog ni..hoho..selepas maria manado tag aku, jadi xda salahnya aku wat tntg entry nie walaupun dh berminggu-minggu baru nak wat..hoho
tugasan yang diberikan ialah untuk mengetahui 25 perkara tntg diri aku..
hurm...terfikir sejenak aku utk memulakannya..hurm...(mengeluh berkali-kali)
1. aku suka mengumpul key-chain sejak di bangku sekolah lagi..memang banyak key-chain dah aku simpan dari setiap negeri.. ini adalah sebahagian yang masih ada lagi dgn aku, sebab yang lain aku dah wat cenderahati kepada kenalan-kenalan aku..;p harga pula aku tak pernah nak pk, yang penting aku ada koleksi yang aku nak simpankan..
2. Boleh membuat bunyi-bunyian pelik seperti bunyi cengkerik dan bermacam-macam lagi..(sound effex) hanya orang yang bertuah sahaja dapat mendengarnya...hihi
3. sangat mementingkan KESEMPURNAAN...segalanya yang aku rancang mesti berjalan mengikut jadual yang aku dah buat..jika tak, memang nahas...
4. bila nak keluar berjalan atau ke mana sahaja, kena diberitahu 1 jam awal..sebab senang aku nak prepare utk pakai apa dan sebagainya..Aku tak suka orang tgu aku, biar aku yang tunggu orang..itu paling penting..
5. seorang yang sistematik..
6. dari kecik lagi, jiwa seni aku memang sudah terbukti..setiap kali ada persembahan, mesti aku yang akan ke depan..sebab aku suka berhadapan dengan orang....suka diri aku di make up kan orang..suka berpakaian yang cantik2..ni pic semasa sek tadika, akhir tahun ketika anugerah kecemerlangan..(no3 dari belah kanan pic)
7. kaki tidur....boleh mencatatkan rekod tidur individu dalam ranking yang terbaik..hoho
8. mempunyai Ernie dan juga Erlie yang sentiasa di dalam simpanan..hadiah hari jadi yang diterima dari teman baik..sekarang dia sedang belajar di perlis..
Biru, Ernie dan kuning, Erlie..
9. salah seorang pengawas yang dedikasi, 2nd batch smk bukit jambul..banyak kenangan aku dalam menjadi ahli lembaga ni..bersaing hebat bersama pelajar cina..
pic ni menggambarkan baru sahaja pentauliahan pengawas..masih lagi dalam percubaan..(bersebelahan pada sebelah kiri dengan puan saniah, guru disiplin)
10. seorang yang tegas dalam membuat keputusan..setiap keputusan aku banyak fikirkan negatif daripada positif..
11. suka mencuba sesuatu yang baru..sebab aku nak rasa pengalaman tu sendiri...tp sekarang ni ada lagi yang aku nak buat tak dapat nak tunaikan sebab ada beberapa halangan yang perlu aku akui..
12. seorang kakak yang garang dan suka menyakat adik2..yang selalu kena buli asyraaf..hihi..akan buat sampai dia beralah dgn aku..kadang-kadang akan buat sampai nangis..haha
13. semasa sek rendah di sk selayang jaya, aku sangat aktif dalam badan beruniform puteri islam sehingga menjadi ketua pasukan dalam perbarisan..tapi bila nama naik untuk mendapat pentauliahan untuk puteri bongsu, aku dah berpindah ke penang..jadi pangkat tu, tak kesampaian untuk aku perolehinya..
14. bila berpindah sekolah kat penang, aku ceburi lak badan beruniform kadet remaja semasa kat sekolah menengah..hanya sebagai ahli biasa, sebab tak berapa nak aktif..nak wat mcm mana, sekolah masih lagi baru.. pic ni sewaktu bergambar dgn semua ahli, aku yang berada di dalam bulatan yang bewarna tu..
15. seorang yang materialistik..walaupun aku tak kesah barang aku bukan dari barang yang berjenama tapi aku mementingkan kualiti..senang dibawa..
16. suka pada semuanya yang cantik + unik + simple..
17. bercita-cita menjadi penyanyi koir kebangsaan tapi tak kesampaian..jadi, memasuki pertandingan koir dari peringkat zon (johan) sehingga ke peringkat daerah (naib johan) time sekolah pun dah ok...pic ni sewaktu kemenangan peringkat zon kat sk selayang utama..
18. seorang pemantun sekolah semasa sek teknik sepang....menduduki peringkat daerah..naib johan..gaya seorang pemantun..hihi
19. minat bermain bola jaring... selalu memegang posisi GS.. sekarang hanya sebagai penyokong sbb tak ada team..hohoho
20. mempunyai pen yang paling aku sayang...sampai aku tak pernah guna sehingga sekarang..hadiah pen dari sek tek sepang sempena aku memenangi sebagai pemantun terbaik...
21. mendapat pentauliahan rambu pengakap muda...pentauliahan ini aku perolehi selepas semua ujian aku berjaya lakukan..ketika ni mengangkat sumpah selepas pentauliahan..
22. pertama kali memanjat gunung nuang kat selangor bersama-sama dengan ahli pengakap..dan itu juga lah kali terakhir aku memanjat gunung kerana ada sesuatu yang berlaku kepada aku sewaktu pengalaman pertama...aku bersama dengan mimie, ex-classmate smtss..
bersama dengan ahli yang berjaya berada di puncak..bergambar kenangan..
23. aktif dalam acara balapan....memasuki peringkat daerah untuk acara 1500 meter..dan berpeluang sekali lagi ketika di universiti semasa diploma dalam acara yang sama....selain tu, aku juga suka masuk dalam acara merentas desa dan menang dalam acara berpasukan..;p
24. mempunyai koleksi kad hari jadi yang pelbagai corak..semuanya aku perolehi daripada kenalan dan juga dari teman tapi mesra aku..huhu..semua ni aku wat kan dalam memori..
25. dulu, aku seorang yang minat dalam bidang masakan sehingga kan aku mempunyai pelbagai skill dalam bidang ni tapi bila dah meningkat dewasa ni, aku lak makin malas nak masuk dapur..tak tahu lah knapa..hoho..ni sume pic aku yang aku ada sewaktu di tek dulu..dalam subjek pengurusan pemakanan...
Jadi, itulah serba sedikit perkara yang perlu korang semua tahu..dah tahukan???
puas hati??? bagus...so, boleh la aku berehat pula...hihi
peace..
6 comments:
panjang nye entry dye. hihi
eh hai chef :P
bagos anak murid ni ikot cakap buat tag aku.. kakakak
kaw same je ngan sedare aku.
ske panggil maria menado.. jgn ah memuji sangattt.. wokakakak
woah~ suke key chain ke. so lepas ni aku pi mane2 beli kan kaw key chainje la. senang! :D
afni: hihihih.....tu zaman dolu2 la chef tu...
sekarang ni dh jd ape pun xtaw..hoho
maria: tgk kaki la beb..hihi
tu yg jd pelajar yg disukai ramai..hahhahaha
yup..bleh aje..senang nk bw...murah..siap bleh beli bundle lg..hhahaha
yess..adew gmbr sy!
bersngguh kte mse nk dpt rmbu tuh..
=)
hihihi...berhempas pulas..
penat lelah kte bersama..;p
Post a Comment