Hye semua...
Mesti korang semua lama menunggu entry dari dang kan??
hihi.. maaf sangat2 yer..
tp pape pun dang ucapkan trima kasih sbb setia bersama dang dlm menunggu crita2 yg dang nk kongsikan bersama... :)
seperti mana yang korang semua tahu, dang dalam seminggu dua ni sibuk dengan program yang dang ikuti.. program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Rimba Tamu, Selangor... Kem ini dijalankan di bawah Persatuan Puncak Fasilitating & Counselling Front, UiTM Kampus Puncak Perdana dang Kampus Puncak Alam.. Persatuan ni masih lagi baru lebih kurang dalam 4 tahun dah usia persatuan ni.. Dang adalah batch yang pertama dalam persatuan ni..kira baru nak bermula, dang dan kawan2 yang lain menerokainya untuk meneruskan perjuangan persatuan ini.. :)
Program kali ini diberi nama,
PIFT iaitu PerFACT Intensive Fasilitating Training..
Program ini bertujuan untuk mempersiapkan diri adik2 dalam menjadi seorang fasilitator muda yang dibentuk daripada acuan PerFACT itu sendri....
Jadi untuk batch yang baru ni, kali ni dang diberi tanggungjawab sebagai komiti yang merangkap Biro Program.. bersama-sama dang ialah Qlah..dalam biro ni, kami berdua la yang berhempas pulas untuk kelancaran perjalanan program ni..selain dari biro program, ada lagi biro yang terlibat seperti:
Dakwah, Keselamatan, Kerohanian (DIKK)
KC (Kitchen Crew), RT, TM, Prep & Tech, Multimedia, TTK..
setiap biro mempunyai tugas masing2 dan semuanya bersatu padu dalam menjayakan program ini dengan berlandaskan objektif yang dibawa... jadi bila wat program tak adalah syok sendri kan?? sebab semuanya ada garis2 tertentu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.. :)
sekarang ni, jom jenguk2 apa yang berlaku serba sedikit semasa program yang boleh dang kongsikan bersama dengan korang dari hari pertama sehingga hari ketiga... :)
sebelum masuk kem, adik2 ni akan membuat group binding yang diketuai oleh TM... diantaranya adik2 akan membuat bunting yang diatasnya ialah budaya2 PerFACT.. cantik kan?? ni la karya adik2 PerFACT yang baru..

ini pula sebahagian komiti yang melihat reaksi adik2 sepanjang perjalanan program ni.. klu korang perhatikan, sempat lagi dang tertdo sambil duduk..nasib baiklah adik2 tak nampak..huhuhu..klu tak, malu dang dibuatnya...sebelah dang yang pkai baju warna hijau tu, ialah Qlah, Kood 1..dia la bersama dang dalam biro program..

Slot yang seterusnya semasa hari kedua.. :)
" Bandar Impian "

Para pengkritik untuk melihat apa hasil adik2 dan mendengar feedback mereka dalam membuat tugasan yang diberikan...

Group Flexi..
(nadia, am, syu, nor)

Group Teguh..
(sarah, ina, raihan, aika)


Group Badang..
(iqa, lin, saza, nabila, man)

hari ketiga.... :)
dang bersama anis (biro DIKK)
adik2 tgh buat senaman pagi time ni....kitaorang sibuk bergambar..hihihi


Slot seterusnya bersama RT dalam War Game.. :)
Bro madi memberi penerangan dalam memulakan permainan..

Barisan adik2.. bersedia untuk aktiviti seterusnya..

CC 1 & CC 2..
sama sepadan berbaju hhitam..hihih.. (Sis Farah dan Bro Phili)


Majlis penutup PIFT 2011... :)

terima kasih diucapkan kepada Cik Ayu selaku penasihat persatuan, Tuan Hj Othman selaku empunya kem rimba tamu ini, AG Hanim, MT PerFACT dan adik2 yang baru ni,
batch yang kelima, korang diberi nama.....
*
*
*
*
SPEARHEAD...(S8)

Barisan komiti yang terdiri dari:
1st Batch: Groundbreakers (GB)
2nd Batch: Trailblezer (TX)
3rd Batch: Innovators (IV)
4th Batch: Avangard (AG)
dan juga rakan2 lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung... ;p
yang berhempas pulas dalam menjayakan program ini..
yang tidak jemu2 dalam mencurahkan ilmu... :)
terima kasih semua..bila lagi la kita akan bertemu kan?? masing2 dah jauh...huhu..
kenang daku dalam doamu..

itulah sebahagian detik2 manis PerFACT menerima adik2 baru..
kepada adik2 Spearhead, jangan lalai dan mudah meninggi diri.. ambil lagi ilmu yang ada, dan semaikan ia menjadi pokok yang dapat memberikan perlindungan kepada rakan2 yang lain..
peace ;p