Thursday, December 30

Sudah bertunang..

Alhamdullilah..:) Aku baru mendapat berita bahawa seorang anak buah aku ni sudah bertunang..Namanya Sakinah..kalau korang nak tahu, dia ni adalah anak buah aku dalam 1 kelab fasilitator..bukan anak buah yang ada tali persaudaraan tu taw..huhu.. Jangan salah faham pula.. Bukan ape, jodoh dia dah sampai... Tapi yang aku terkejut tanpa ada ribut ke, angin ke, tup2 dia dah bertunang... Pape pun, aku ucapkan selamat bertunang.. Dengar crita daripada kenalan aku juga, dia akan diijabkabulkan pada bulan 1 ni nanti.. Sahih atau tak, itu aku tak sure.. Sbb tak dengar pape brita dari empunya badan sendri.. Nanti dah nak kenduri tu, roger2 la pada semua k.. Yang paling membuatkan aku terkejut ialah dia ni bertunang dengan orang yang aku kenal...Iaitu, senior aku yang dalam kelab fasi yang sama gak... Tak sangka aku.. Rupa-rupanya, abg akhmal dalam diam2 jatuh cinta dengan sakinah yer..hihihi

Semoga perhubungan kalian akan berkekalan hingga akhir hayat..:)
amin...



Happy Family.. :)

Aloo semua... Kembali lagi untuk aku bertemu dengan kawan2 blogger dan juga kepada yg stalker..hihi.. Sudah lama aku tak mengupdate blog mencari erti sebenar ni kan?? hihi.. Jadi, kali ni aku hadir dalam menceritakan serba sedikit cuti-cuti bersama insan-insan yang tersayang..:)

3 hari aku dan keluarga berkampung di Kuala Lumpur bermula dari hari Isnin sehingga Rabu yang lalu, telah membuatkan hari-hari yang tiba ceria sentiasa.. Hari pertama, lepas je bertolak dari Melaka, kami terus menuju ke Pusat Sains Negara untuk melihat sendiri replika-replika dinasour yang pernah wujud pada ketika dulu.. Dengan bertemakan " Dinos Alive.. ", ramai pengunjung yang datang... Jadi, kepada kawan2 yang masih belum lagi pergi ke pameran ni, bolehla jenguk2 sebab pameran ni masih lagi berlangsung sehingga 31 may 2011... Tak rugi kalau korang pergi.. Memang memuaskan dan macam2 korang akan pelajari..:)
Jadi, tak nak cakap banyak lagi, korang semua bolehla tgk2 gambar yang sempat dirakam..:)





Tulang Dinosur..Besar kan??

Telur yang bakal menetaskan anak2 T-Rex...







Selepas melihat dinasour yang ditempatkan di suatu sudut, kami pula jenguk2 di kawasan semua alatan sains yang menguji minda dan melihat sendiri kegunaan sains dalam kehidupan seharian..

Cermin yang membuatkan aku dan dibah nmpak slim..:)

Nampak gemuk dan ketot..:)

Menguji kepekaan..








Selepas sahaja selesai di pameran, semuanya bergerak terus ke Tugu Negara.. Sudah lama aku mengidamkan untuk pergi ke sana, jadi impian aku telah dimakbulkan..:)





Hari kedua telah menjelang, jadi pada tengah hari ni yang lalu sebelum pergi ke destinasi yang seterusnya, semuanya telah bersiap-siap..:) Tak sabar rasanya untuk memenatkan lagi kaki yang telah tersedia penat ni.. kali ini, tempat yang dituju ialah di Pavilion.. Untuk jalan2 sambil cuci mata sahaja...:) Keluarga semua telah menetap di Hotel Istana, Kuala Lumpur.. Hotel ni pun memuaskan...Best!!~ :)






Penat berjalan...
tgk movie lak..crita Janin..:)




Sekian..perjalanan aku bersama keluarga tercinta..
Hope ada masa lagi, akan dapt bercuti lagi di tempat lain pula..:)

peace

Sunday, December 26

Packing Time!!!~

Hari ni nak packing semua baju yang sesuai nak pergi out station..hahhaha.. Jadi, nantikan berita aku dalam masa 2-3 hari lagi k... Sebab dalam masa ni, aku payah sikit nak update blog.. Biasalah kan, mesti sibuk + penat..hihih

So, nantikan entry seterusnya..:)

Peace...

Saturday, December 25

Bakal ikut jejak.. :)

Allooo semua.. Hari bersejarah bagi sedara aku telah pun tiba.. Semuanya berjalan dengan meriah walaupun hanya menjemput sedara terdekat.. Aku mengucapkan syukur sebab menerima orang baru dalam keluarga, tapi dalam masa yang sama mengeratkan ikatan sedara mara yang lain juga..Lebih-lebih lagi dalam keluarga belah mak aku.. Tak nak cakap banyak, korang semua boleh la jenguk-jenguk gambar kat bawah ni... Semuanya dirakamkan semasa hari persandingan Baby yang berlangsung di Kuala Pilah, N9.. ;p

Bersama hadiah perkahwinannya..


Di pelamin semasa akad nikah..




Hantaran belah perempuan kepada lelaki..


Bersama pengantin perempuan merangkap sedara aku, Baby.. Menunggu puteranya datang..hihi.. Lain gila muka dia bila dah bermake up ni, biasa lah seri pengantin kan..hihi



Sahabat lama, Azliana ( Kak Long)..



Seiring dan sejalan..:)



Mak aku menepung tawar anak sedaranya di pelamin..:)



Adik-beradik belah mak aku..:)


Aku dan shahira.. sahabat waktu kecil-kecil... Main + pergi ngaji + pergi sekolah sama-sama..





Selepas ini, masing-masing akan ikut turn untuk menjejak kan kaki sebagai isteri orang.. Tak sabarnya nak pergi makan kenduri lagi...hihi.. Turn Aku?? hahhaha..Aku hanya boleh cakap lambat lagi sbb msih lagi mencari calon..hoohoho... So, paham-paham je la kan.. Yang pasti, kak long akan ikut jejak dahulu.. Aura pun dah nampak sekarang ni..hihi.. jangan marah kak long ek.. Gurau-gurau je..

Aku doakan semoga berkekalan hingga akhir hayat...
amin..:)

peace