Sepanjang masuk semester baru ni, kira 4 minggu aku kat dungun tanpa keluar pergi bersiar2.. Hidup aku hanyalah pergi kelas, makan... Tu je la rutin harian aku tiap2 hari... Bukan apa, aku belum lagi rasa bosan yang melampau.. Lagi pun, rumah aku sekarang ni budak2 baru jadi kena la cari masa untuk sesuaikan diri dengan mereka... Nasib baiklah aku mendapat housemate yang serasi dengan aku... Kira, no hal la.. 1 kepala pula tu.. Memang ngam habis lah..hihihi..
Jadi, bila masing2 dah 1 kepala dan mempunyai hobi yang sama iaitu sama2 KAKI JALAN... Apa lagi, memang merancang la... Destinasi yang dituju ialah ke KUANTAN.. Banyak tujuan untuk ke Kuantan ni, salah 1 nya ialah temankan si Wani ni berjumpa dengan gewe dia... gewe ni bermaksud boyfriend..hihihi... Aku dengan eton ok je.. tak kisah.. Asalkan gewe dia pun ok je.. Relaks sudah..hahaha... Tujuan yang lain adalah untuk menonton wayang.. Tak kisah la crita apa pun, asalkan aku nak tengok wayang.. Sebab dah lama aku tak lepas gian untuk menonton ni..:)
Sampai je kat kuantan, terus booking tiket.. Critanya ialah Guliver's Travel 3D punya..hahha..
Settle 1 bab, terus solat sebab sampai je dah zohor..:) selepas tu, trus pergi makan sizzling dengan dunkin donut.. memang puas la asyik makan je kerja kiteorang ni..hahha

Aku, eton,wani..



Inilah wani dan gewe nya.. En.Izat..:)
sweet couple..

Movie bakal bermula.. Guliver's Travel 3D.. :)
memang best..sesuai untuk merehatkan minda... crita yang mudah dan menghiburkan..



Perjalanan tak terhenti kat situ je... Destinasi seterusnya ialah di Teluk Cempedak atau orang kuantan panggil TC..hihi.. Ni 1st time aku jejakkan kaki kat sini.. Memang best la.. walaupun kat dungun ni pun ada pantai dan nampak sama je, tapi sekali sekala amik angin pantai kat tmpat lain pun sedap gak..hihihi.. Jambatan kayu memang disediakan untuk ke hulu.. Jadi berhati2 la k bila nak melangkah tu.. takut kayu reput, terjatuh pula nanti.. Perhatian kepada semua gurl, nak pergi sini pastikan anda pakai selipar jamban je..
tak perlulah pakai wedges (peringatan kpd aku gak)..hahha



Dataran TC..
