Tuesday, November 30

Doktor Oh Doktor..

Hari ini tarikh untuk aku wat temu janji bersama dengan orang yang tak pernah jemu untuk bertemu aku bila aku cuti panjang..Mesti korang sume tertanya-tanya kn, sape la gerangan insan yang paling bertuah tu..hahaha
Sape lagi kalau bukan doktor pakar ENT yang berada di hospital Terendak tu..hihi

Kalau bukan sebab, xda maknanya aku nak jejak kan kaki ke hospital..
bukan sumua tak tahu, aku ni penakut makan ubat..tapi sekarang ni ubat la peneman aku sejak dari tahun 2008 yang lalu..kalau aku tak makan, memang merana la orang dekat sekeliling aku..memang semua aku sembur dengan hembusan dari air mawar aku tu (bersin)..hahah

Dari pukul 845 pagi, aku bersama dengan mak dan adik aku yang kecil tu Asyraaf dah siap-siap terpacak kat depan kaunter. Bukan ape, kalau lambat kang takut no lak jauh ke terbelakang..Dah cakap hospital kerajaan, jadi korang paham-paham sendri la kn..huhu..Memang naik kematu punggung aku menunggu, doktor sampai je pukul 10 pagi, memang tersenguk-senguk aku di watnya. Lambat btl doktor datang, maybe dia g wad dlu kot..ntah la..yang pasti aku tak sabar nak balik sebab jemu dan penat menunggu..

tepat pukul 1130 pagi, tibalah giliran aku dan adik. Masuk je dalam bilik doktor, macam biasa menceceh dulu dengan doktor, wat senaman mulut dulu..hahah..Doktor pun menjalankan kerjanya seperti biasa. Adik aku terkantoi sebab dia tak pakai ubat yang doktor bagi, nasib baiklah aku terselamat. Bukan ape, aku pun sebenarnya jarang makan ubat gak..hahha..lebih kurang 2x5 la dengan adik aku tu..hahha

selepas je semua selesai, apa lagi mak aku plan pergi makan dulu la..lapar dowh..dalam tengah melantak tu, sempat lagi aku cuci mata dekat doktor-doktor yang wat praktikal kt hospital tu..hihi..bukan apa, sekadar suka suki jer..:p

tu je la nak aku critakan..hihii
lepas ni, aku akan berjumpa dengan doktor sorang-sorang..huhu..
xda lagi sape nak teman aku nanti..:(

Peace

Monday, November 29

Konvokesyen UiTM ke73 ( Sidang 2 )

Salam semua.. Kembali lagi aku untuk berkongsi cerita agak panas setakat ni, detik ini, dan saat ini..hihi.. Jumaat yang lalu, seperti mana yang aku janjikan aku telah berjaya menjadi seorang graduan dari UiTM.. Suasana semasa hari konvokesyen tu, memang meriah..:) Aku paling gembira sebab aku dapat berjumpa dengan semua kawan aku semasa diploma dulu. Memang semuanya macam jejak kasih..hihi.. Jom kita intai, detik-detik aku bersama keluarga, rakan dan orang sekeliling yang sama-sama menyokong aku di dalam perjalanan diploma..:)

Seorang graduan dari Diploma Seni Layar,
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik..Sesi Julai 2007

Penyokong aku.. ayah dan mak..

Adik ketiga yang sentiasa di sisi..Adibah..

Sebelum masuk ke dewan, masing-masing menunggu untuk beratur mengikut nombor giliran yang telah diberikan..










Perjalanan menghala ke dewan..penuh berdebar..:)


Sesudahnya bergelar graduan..Bersama-sama rakan seperjuangan..







Kehadiran abang angkat, Najib dan pasangannya yang bahagia, Jamilah..:)
Thanks bro untuk bunga dan teddy..hihi

Bersama dengan kawan sek teknik sepang, Mimie..hihi
Masing-masing berkonvo dengan cemerlang dalam jurusan..:)

Bersama wakil PerFACT, kak farah.. Terima kasih di atas jambangan bunga tu k..
Semua warga PerFACT, sayang korang semua..:)


Kepada semua rakan-rakan yang bakal konvo, aku ucapkan tahniah dan semoga semuanya berjalan lancar k..Jangan lupa, perjuangan kita semua masih lagi jauh..
Peace..:)

Thursday, November 25

Bakal Graduasi :)

Esok tanggal 26hb November 2010, di Dewan Sri Budiman pada pukul 8 pagi, aku bakal menjadi seorang graduasi yang dilahirkan oleh IPTA yang sangat kita semua kagumi iaitu Universiti Teknologi Mara Malaysia. Bukan senang untuk aku menggenggam segulung diploma. Selama 3 tahun, aku telah berhempas pulas untuk memperolehnya. Banyak yang aku pelajari dan penat lelah aku kini telah terbayar dengan penganugerahan sekeping kertas esok. Walaupun hanya sekeping kertas yang bagi korang tiada nilai, tetapi bagi aku ia adalah tanda dan bukti aku selama ini yang tidak boleh dijual beli walaupun korang semua sanggup untuk bayar beribu-ribu lemon. Itulah skrol, harta aku paling bernilai untuk abad ini.

Aku berasa sangat bertuah kerana berkat doa dan restu keluargaku, segala perjalanan aku dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pelajar selama 3 tahun yang lalu telah berjaya aku harungi walaupun banyak dugaan dan pengalaman yang aku telah hadapi. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah aku yang selama ini telah mencurahkan segala ilmu kepada aku. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang selama ini menyokong aku tak kira la dari belakang depan atau setiap penjuru pun, aku mengucapkan syukur kerana korang semua bersatu padu dan menolong aku dalam setiap perjuangan yang kita lalui. Banyak jalan yang kita telah lalui bersama walaupun sesetengah dari kita masih lagi tercicir di belakang. Tapi pape pun, kita semua doakan semuanya bakal merasa menjadi seorang GRADUAN..

Perjuangan aku belum lagi tamat disini.. Masih panjang untuk aku lalui.
Semoga semua kenalan, followers, dan tidak lupa juga stalker, doakan lah segala perancangan aku rancangkan di dalam hidup bakal berjalan dengan lancar..
Insya'allah...Amin.. :)

Tuesday, November 23

Dugaan b4 konvo..

Selepas sahaja aku balik dari berkampung di Shah Alam, aku telah kena selesema yang teruk. Malam tu gak la aku akan ada sesi fotoshoot kat studio. Nak tak nak, aku makan segala ubat sampai 2 3 biji untuk hilangkan selesema tu. Bukan apa, aku ada penyakit resdung, jadi memang kadang-kadang selesema teruk akan terus menghantui aku.

Aku ingat selepas sahaja aku selesai makan ubat semua, selesema aku makin baik. Rupa-rupanya, aku telah kena virus demam lak. Memang sakit la kpala aku semua. Ni mesti gara-gara demam konvo. Bukan ape, mestilah berdebar je aku rasa kan. Lebih-lebih lagi hari yang bersejarah aku nie bakal berlangsung tak lama lagi..

Aku dah pergi klinik, ubat lak banyak lak tu..Bukan ape, aku ni penakut sikit nak makan ubat. Jadi, memang terpaksa la aku menelan semua ubat yang aku perolehi tu.

Semoga b4 konvo, aku sihat sepenuhnya..
kepada kawan-kawan, doakan aku cepat sembuh k..:p
amin..

Monday, November 22

Pra-Konvo..


Untuk menjadi seorang bakal graduan, aku perlulah mengikuti rehearsel yang diadakan pada beberapa hari yang lalu. Mengikut kawan-kawan yang berpengalaman, kita perlulah datang awal. Jadi nak dijadikan cerita pukul 730 pagi, kitaorang dah terpacak kat kaunter pendaftaran. Memang kelakar la bila kitaorang sampai paling awal. Kaunter pun tak buka lagi. Malu tu, memang malu la kan, tapi kitaorang wat dek jer..hihi..

Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Jubah konvo pun aku dapat yang memuaskan hati. Memang padan la dengan aku. Selepas je ambil jubah konvo, taklimat telah diadakan. Aku & the geng, pergi gak sebab takut if ada pape maklumat yang penting. Memang tak sia-sia aku menghadirkan diri untuk taklimat, pihak UiTM memberitahu bahawa jika hari bekerja, kereta ibu bapa kena lah di parking kt padang kawad dan semuanya kena naik bus yang telah disediakan. Semua graduan kenalah berkumpul pada pukul 7 pagi untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.



Selepas sahaja tamat semuanya, seperti yang dirancang, aku dan yang lain telah berpakat untuk pergi ke PAS untuk ber karok.. Memang itulah yang dorang selalu buat bila semuanya dah berkumpul semula..Aku join jer sebab memang dah lama tak karok kn..hihi










Selepas dah penat berkaroeke, semuanya pulang lah ke rumah masing2...Jadi kawan-kawan, selamat berjumpa lagi k..Tunggu kan pada hari konvo yang bakal tiba tak lama lagi..Peace..:p

Tiba dengan selamat!!~


3 hari 2 malam yang lalu aku telah berkampung di puncak perdana. Ini disebabkan kerana aku perlu menghadiri raptai konvo. Aku telah menginap kat hotel 5 bintang, mana lagi kalau bukan di rumah sewa Cik Azlin & the geng..hihi.. Terima kasih nye kawan-kawan sebab sudi menumpangkan aku dekat rumah korang. Jasamu tetap di kenang.:) Aku tiba di puncak tepat pukul 630 petang, kemudian family aku terus sahaja berangkat ke Perak di atas urusan seri paduka baginda..:p Malam tu, disebabkan semuanya tak makan lagi, jadi farhana telah mengajak aku, lin dan dila untuk makan malam kt kedai mamak. Aku bedal je sebab kedai kebanyakkannya tutup. Jadi, redha je la..


So, hujan pun sudah mula turun dengan lebat. Lepas je, semua selesai menjamu selera yang tak berapa nak sodap tu, terus bergegas balik ke rumah. Sebab nak prepare tuk pergi raptai konvo pula keesokkannya.. Daaaa...:p


Thursday, November 18

I'll be BACK!!~


Tak sangka hari yang aku nanti-nantikan bakal menjelma. Ini kerana, jika tiada aral melintang, aku akan sampai ke tempat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Universiti, mana lagi kalau bukan puncak perdana. Aku ingat selepas sahaja aku dah menyambungkan ke peringkat seterusnya, aku dah tak kan menjejakkan lagi ke puncak.. Rupa-rupanya ternyata silap sama sekali. Selama aku di Terengganu, dalam hati aku sentiasa ingat kepada puncak. Memang rindu sangat-sangat. Tujuan aku kembali ke sana adalah kerana aku ingin ke raptai konvo yang bakal diadakan pada 20 hb nie, hari Sabtu. Jadi, bak kata pepatah lama, "sambil menyelam minum air". Bukan ape, aku rindu kat kawan-kawan seperjuangan dulu. Sekarang ni walaupun musim cuti, tapi aku yakin perjumpaan sesama rakan yang lain pasti akan terjadi. Sebab kat sinilah bermulanya semua memori..Nantikan perjumpaan kitanya kawan-kawan, walaupun hanya beberapa ketika..:) Insyaallah..


Hari terakhir aku berada di puncak, menunggu kedatangan keluarga..



Berada di puncak Bukit Tonggek, di belakang kampus aku..
begitu banyak kenangan yang terjadi di sini.



Rakan-rakan seperjuangan semasa sem 1..
Dari ramai-ramai nie, ada yang telah membawa diri untuk tujuan yang lain..
semasa kelas lakonan di bawah tunjuk ajar Puan Amy..



Sehingga sem 6, segelintir sahaja yang tinggal..
walau pape pun, aku tetap RINDU korang sume..




Dalam ramai-ramai sahabat ni, ada beberapa kawan yang bersama-sama dengan aku yang banyak melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Aku mengimpikan aku dapat berborak seperti dulu, berkongsi-kongsi cerita dan macam-macam lagi la.

Ni syrah, dia teman aku sepanjang aku diploma.
Aku mula rapat dengan dia semasa aku sem 2. Kalau nak pegi mana-mana je, pasti aku dengan dia..pegi ke kelas sama-sama, makan sama-sama..Melainkan jika aku ada perjumpaan dengan persatuan pape, barulah aku dengan syrah ni akan berenggang seketika. Bak kata budak-budak kelas aku, macam kembar la. Tapi tu suma hanya tinggal kenangan.......


Ni pula ialah Azlin tp aku panggil Lin jer..
Aku dengan dia 1 umah semasa sem 1. Kemudian, sem 3 baru sama rumah balik.. Dengan lin ni, kalau pegi window shopping ke, memang best. Sebab dia taw apa yang aku nak begitu juga la sebaliknya. Memang banyak rahsia yang aku berkongsi dengan dia. Aku juga selalu menjadi penasihat dia dalam apa jua segala keputusan yang dia nak buat. Kiranya macam seorang kakak yang menjaga adiknya..



Aku mula rapat dengan dua orang kawan sekelas aku ni selepas aku selesai praktikal di RKC dulu iaitu pada sem 6. Bukan ape, aku bersama-sama dengan dorang dalam berpraktikal. Dengan dorang nie, aku jadi siapa aku yang sebenar. Dorang ni Arin dan juga Maria. Dorang ni tak kisah aku ni macam mana, kiranya dorang ni trima aku seadanya lah. Aku mula menjadi diri sendiri dan belajar mengenali rakan-rakan yang lain.


Untuk semua sahabat aku, aku tetap Rindu + Sayang..
Semoga persahabatan kita kekal selamanya..
:p

Tuesday, November 16

Salam Aidiladha..


Aidiladha kembali lagi..
aku mengucapkan syukur kerana aku masih lagi berpeluang untuk bersama-sama umat Islam yang lain merayakannya..
Di kesempatan ini,
aku ingin mengucapkan
Selamat Aidiladha kepada semua kenalan aku yang mengenali aku..

Sunday, November 14

Bumi Kenyalang :)

Sarawak...
1 nama yg asing bg aku sebenarnya....
tp apakan daya, ke tmpt itulah juga aku dan fmly akan idup..
utk pengetahuan kwn2 sume, fmly aku akn berhijrah ke kuching, sarawak..

aku lak akan mengikut jejak fmly ble time cuti je la..sbb aku kna tgl kt semenanjung nie..
abz kn stdy dlu kt dungun tu..huhu
adk aku yg c angah tu pn, tgl kt mlaka..kre jd org bujang la nmpaknya dia..
sume kna blaja berdikari skng nie..hoho

insyaallah, dlm awl bln 1 nie, berangkat la fmly aku ke kuching..
semoga perjalanan sume berjalan dgn lancar..
amin..