Thursday, December 16

Rendah-rendah dulu..

Bertemu kembali...;p kali ni aku nak kongsikan ceritera zaman-zaman nak meningkat remaja ni..kalau korang nak tahu, aku banyak berpindah sekolah time aku dari darjah 1 sehingga la darjah 6..lain-lain negeri plak tu..kalau korang mesti rasa tak best kan?? sebab korang susah nak belajar la dan macam-macam lagi alasan..tetapi bagi aku bila aku dapat tukar-tukar sekolah ni ia adalah 1 pengalaman yang paling best..sebabnya?? aku dapat ramai kawan..selain itu, aku juga dapat pergi setiap negeri orang dan belajar cara orang kat sesuatu tempat tu..korang lak jangan fikir bukan-bukan, aku pindah sekolah bukan sebab kena tendang ke atau ada masalah disiplin, tapi aku ikut ayah aku bertugas..hohoho

dalam darjah 1 je, aku dah pindah 3 buah sekolah dari sek.keb hulu klang, kemudian bertukar ke sek.keb wangsa melawati dekat kuala lumpur dan akhirnya berpindah ke sek.keb kem terendak, melaka.. kemudian, bila meningkat ke darjah 3, aku pulang semula ke selangor dan bersekolah di sek.keb selayang jaya.. dekat sekolah selayang jaya ni la aku banyak mengenal erti persahabatan, apa itu berpersatuan??..orang kata apa, baru nak mula hidup..hoho..

ni rakaman aku bersama rakan sekelas dengan cikgu badruddin semasa darjah 4..cikgu ni la aku paling hormat dan gembira bila dia masuk kelas..setiap kali mata pelajaran bahasa malaysia, aku akan nantikan dengan sepenuh hati..hihi..cikgu bad ni juga, salah seorang cikgu yang mengajar aku dalam berpantun sehingga ke peringkat daerah semasa dulu..pantun yang paling aku tak bolah lupa sehingga sekarang ialah pantun pembukaan semasa pertandingan peringkat daerah,

salam dan sayang pembuka bicara,
hormatkan adat datang bertamu,
bertandang puteri selayang jaya,
untuk menyerikan pantun melayu....;)

(aku paling hujung dari kiri)

time ni semasa darjah 5..bersama cikgu bahasa melaysia gak..tapi aku tak ingat lak nama cikgu ni..huhu...kalau tak silap cikgu fatimah kot..huhu...nampak semua sama je kan, tapi kali ni aku berubah kelas..turun 1 kelas..hihii..biasalah kan, penyakit M tu tetiba datang lak...tapi pape pun aku tetap mantain..hihi

barisan kedua, num 3 dari kiri sebelah lelaki (fuad)..


ni rakan-rakan sewaktu darjah 6..
tapi hanya sementara sebab aku bertukar sekolah lagi..hihihi


ni gambar cikgu yang bertanggungjawab dalam membetulkan vokal aku dalam pertandingan koir..hihi.. dari kanan ialah Mami Izaaq (emak kepada shiela rusly), cikgu zaharah, cikgu nizam dan cikgu maizul bersama isterinya..kedua-dua cikgu ini adalah cikgu muzik aku..;p


aishah, mirralaxmi, aku..
sewaktu pertandingan koir peringkat daerah...
dendangkan lagu " Bangawan Solo "...


Ini pula rakaman aku apabila aku bersekolah di sek.keb sungai ara pulau pinang..aku sempat sekolah kat sini darjah 6 je..masuk pun dah lewat..bulan 3 baru aku masuk..hihi
ni sewaktu jamuan akhir tahun..walaupun aku lewat masuk, tapi aku tetap diterima oleh rakan-rakan di sini...memang ada macam-macam ragam yang aku tengok..tapi kenangan yang aku paling tak boleh lupa bila, aku kena mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita..under bulan pendidikan islam pula..memang segala hadis aku kena hafal..tp walaupun aku kalah tp aku berjaya menyampaikannya dengan baik..;p



ni adalah rakan aku paling rapat dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah teknik..memg kami tetap bersama..Izzati, sayang kau...;p

ni rakan-rakan dalam kelas aku...dalam banyak-banyak ni, salah seorang dari mereka jadi junior aku semasa diploma..sape lagi kalau bukan zaharin..sape yang sama diploma dengan aku, kenal la tu..hohoo...dia memang macam tu, selalu wat hiruk sikit (pakai baju biru + angkat tangan)...

hihihihi..tu la serba sedikit zaman sekolah yang penuh warna warni yang pernah aku alami..
memang penuh dengan cabaran, dugaan dan sebagainya..
peringkat remaja bakal menyusul kemudian hari..;p

peace

No comments: