Zaman persekolahan aku bermula di sekolah tadika Kem Genting Klang..aku sekolah dalam kem tentera je...bukan ape, time tu mak ngn ayah aku dua2 keja, jadi aku ni kena la duduk dengan kawan mak aku..aku panggil dia Auntie Ani..dulu keluarga aku dengan keluarga Auntie Ani ni berjiran..aku duk tingkat 3, Auntie Ani lak duk tingkat 1..tak silap aku..hoho..aku pergi tadika tu bersama dengan anak Auntie Ani..aku panggil Fifi je..dia la kawan aku time kecik2 dulu..pergi sekolah naik motor sampai betis aku kena ekzos la..sejak tu, aku cuak2 gak nak naik motor..hoho...sekarang pun ttp mantain berkawan sbb ayah aku dan ayah dia akan bertugas di tempat yang sama di Sarawak tahun depan..;p tapi tak lama aku dapat bersekolah dengan Fifi, sebab ayah masing2 kena bertugas kat tempat lain..
ni la dia foto kenangan aku bersama-sama dengan rakan semasa tadika..
hujung sekali yang lelaki tu faiz nama dia..dia ni kacukan cina baba nyonya..sekarang ni dia dah keja, dengar crita wat bisnes kecil-kecilan..biasalah kan, otak bisnes..sebelah faiz, korang semua kenal kan..tak perlu la aku nak perkenalkan lagi..sebelah aku lak, itulah Fifi dan bersama kakaknya Mimi..;p
miss u all...
kemudian, aku berpindah sekolah ke sekolah tadika Kem Batu Kentomen plak..sebab apa?? sebab ayah aku bertugas kat sini..jadi aku dengan adik aku dijaga oleh pengasuh yang kami panggil Mama Zah..sampai sekarang hubungan tu terjalin..kiranya aku dan adik aku ni dah jadi anak angkat Mama Zah..sampai la adik2 aku yang bongsu ni..sekarang ni Mama Zah menetap di taiping, selepas arwah suami dia pencen..aku berjaya menamatkan zaman tadika aku dengan cemerlang..dekat sini la aku mengenal huruf, nombor dan sebagainya...dan kalau korang nak taw, bakat aku dalam bidang seni pun tercungkil dekat sini juga..Memang dah bersinar la katakan..hahha..kecik2 je, besar2 ni tak dah..jadi pemalu lak..hahha
ni ialah cikgu aku..nama dia aku tak ingat..hoho..sori cikgu, pape pun trima kasih sbb mencurahkan segala ilmu kepada anak muridmu ini..aku rakamkan saat manis ni selepas majlis penganugerahan akhir tahun..;p
sayang cikgu..
ni la persembahan akhir aku..menyanyi bersama-sama dengan rakan seperjuangan..ni kira penutup la..kelas aku buat 2 persembahan time tu..1 persembahan tarian melayu dan 1 lagi persembahan mendeklamasikan sajak..penyajaknya aku..macam dah gila kuasa je, sebab semua aku nak ambil bahagian..hihihi..Bukan apa, dah la umur baru setahun jagung tapi ada hati nak menghafal sajak yang panjang berjelar..aku ingat lagi sajak tu tentang guru..memang sampai menangis aku nak hafal sampai kan ayah aku gertak + ugut la, if aku tak hafal, aku tak payah wat persembahan..tapi tu semua ujian yang aku kena lalui dan akhirnya, aku berjaya juga menghafal dengan lancar..;p
itulah zama tadika aku yang tak seberapa..aku tahu, masing2 ada kenangan yang korang tak boleh lupakan..begitu juga aku..;p aku rindu sangat waktu ni...nak je putarkan balik masa..tapi idup kena teruskan juga kn...lepas ni,macam-macam lagi yang aku nak kongsikan semasa aku sekolah rendah..hihihi
peace
No comments:
Post a Comment