Wednesday, March 30

Mulakan dgn Bismillah..Diakhiri dgn Alhamdullilah..


Dalam minggu ni, jadual untuk final exam dang dah keluar..wah..memang terbaeklah susunan jadual tu..dalam 1 hari tu, ada 2 paper..memang tak tahu la dang nak cakapkan mcm mane..huhuhu.. dalam hati ni, risau mcm gunung...dah tu, xda plak selang seli..berderet plak tu..xda kasi can langsung rehatkan otak..lepas 1, 1 paper terus..hhuhu..

sekarang ni,jadual dah keluar,,jd kena la terima je..tapi wat masa sekarang ni..dang akan tumpukan dlu pada semua report + presentation b4 tumpuan dang beralih kepada final..bukan apa, semua ni sama2 penting...yg presentation + report untuk carry mark dang..jd nak xnk kena gak perform..dengan test dan quiz lagi..memang kena score..semua bergantung pada dri dang..

DANG BOLEH!!! :)

ni susunan jadual untuk carry mark dang..hope semuanya tinggi.. :

31 march - TEST OPM & SUBMIT REPORT HRM

3 april - UJIAN BERTULIS MANDARIN & REPORT MKTG & CRITIC JOURNAL MKTG

5 april - REPORT+PRESENTATION OPM & TEST 2 IBM

7 april - TEST 2 HRM

10 april - UJIAN MENDENGAR MANDARIN + DRAMA

12 april - PRESENTATION+REPORT IBM


untuk jadual final exam next entry lak..
bukan apa, tak larat dah..mau beradu..hoho


peace;p




Hujan turun bagaikan mutiara..Alamak!! Banjir..

Hari ni, dengar je berita kawasan Dungun, Kemaman, Marang dan K.Terengganu banjir teruk..Adoi!! memang resah gelisah la jiwa ni..huhu..bukan apa, area rumah dang ni kat dungun jadi walaupun rumah dang tak banjir tapi perasaan risau tu tetap ada..sejak dua menjak ni, boleh dikatakan tiap2 hari hujan..dah la payung dang hancur..jadi nak bli payung pun xsempat lagi..dgn keadaan cuaca yg tak mengizinkan, nak ke bandar lagi la payah..huhu

sebagai contohnya, lepas je pergi CC untuk print slide subjek marketing, dlm masa 2 minit je..tup2 terus hujan lebat..hurm...terpaksa lah berteduh kat depan kedai tu..sejuk tu memang teramat sangat la kan..nak balik payung xda..hoho.. hujan turun memang lebat..tak caya?? tgk la ni....

*
*
*


dalam hati yg gelisah ni, senyuman mesti tergambar di muka dang.. :)





ttaaddddaaa!!!!!!!!!!!!!!!
dah xda kerja kan..mcm ni la gayanya..hohoho
hope hujan akan berkurang..janganlah rumah dang dilanda banjir.. :)

peace ;p

Complete!!!!!

Hye semua..hari ini baru dang ada masa untuk mengaktifkan diri ini..hoho..bukan apa, terlalu sibuk dgn aktiviti + akademik, jadi kena la curi2 masa..bila kwn2 dah tye bila dang nak update blog, itu bermakna kawan2 sentiasa ternanti2 kan apa hasil tangan dang dlm entry2 yg seterusnya..hihi..ceewwaahh!!! perasan btl dang ni plak..haha..

okla..untuk pengetahun semua, dang baru sahaja selesai dengan 1 presention untuk subjek Human Resources.. yang entry terdahulu tntg dang dgn group dang pergi interview kat CIMB..jd, bila maklumat semua dah tersedia..kena la wat presention yang berkaitan dengan tajuk yang lec arahkan..tajuk memang power!! sebb tajuk ni kitaorg semua tak belajar lagi, tapi dengan berkat usaha gigih + tawakal...:) berjaya jugak kitaorg tempuh dengan baik..segalanya berjalan dengan lancar.. Alhamdlh.. :)

sekarang ni hanya tunggu masa dapat mark je la..hope group dang dapat la markah yang tinggi2 sikit..hihihi..berangan je dang ni kan..:)


inilah saat yang ditunggu2..selesai je presention, dang minta kami 1 group bergambar dgn Madam Kartini (Lec H.R)..cun x?? hihii..kalau korang nak tahu, group dang je yg bergambar dgn madam..hihi..jgn marah ek group yang lain..hihi..gurau2 je.. :) bukan apa, hanya kenangan..dang ni suka bergambar dgn lec sebenarnya..sebab itu adalah sebahagian dlm memori time belajar..jd, bila dah habis belajar, boleh la kenang2kan kembali.. :)

(chas,dang,eton,madam kartini,erin,rozi)

Group dang juga adalah group yang terakhir..kira penutup bagi subjek HRM la katakan..dah la semuanya veteren2..hahha..lebih2 lagi si Rozi tu.. memang veteren terlampau..hihihi..

selepas ni, nantikan presention yg seterusnya yang bakal digegarkan oleh dang dan group dang..hihi

peace ;p

Saturday, March 26

Sayang atau Disayangi???

Dalam duduk termenung sambil tv terbuka tadi, dang tetiba terfikir tentang 1 perkara..
Perkara ni dengar remeh je tapi amat penting bagi seseorang perempuan...
kepada yang perempuan,
korang akan hidup dengan orang yg korang sayang
atau
dengan orang yang syg korang???

setiap perempuan mesti tertanya-tanya tentang ni kan?? btl x?? klu x, kadang2 mesti korang ada terdetik pk or pernah terfikir ke... hurm..dang pun tak terkecuali..hohoho

jadi? mana 1 pilihan korang?? :)

dang dah ada jawapannya...
tp dang akan biarkan dlu..untuk tgk tahap kesetiaan seseorang lelaki tu dekat dang.. :)

peace ;p

Kembali ke M.E.L.A.K.A.. :)

Halo semua... 1 hari xtgk blog

"MENCARI ERTI SEBENAR",

rupa2nya followers dang dah mencecah ke angka 101..alhamdlh.. :) terharu dang sebab da gak yg sudi follow blog dang yg xseberapa ni...hihih..

thanks my followers.. :)


***************************************************************************

ok, skng ni itu bukan lah topik utama dang nak gtaw.. ada lagi 1 perkara penting yang dang nak kongsikan..dalam BW kat blog adik dang, terbaca 1 entry ni..dang betul2 terlupa sbb hari ni mak ngn adik dang yg bongsu akan balik ke melaka.. ini kerana adik dang ada appoiment dgn doktor pakar kat hospital kem terendak..jadi masanya dah sampai, kena la wat check up kan?? kesihatan penting untuk di jaga.. :)

sebenarnya, dang pun kena datang gak tapi disebabkan masa sekarang ni cemburu sangat2 kat dang dengan sesi kuliah yang xhabis lagi, jadi dang punya appoiment kena la tangguhkan dlu..huhu..mesti kena marah la dgn doktor nanti..huhu..

Maaf Doc Izzu.. :(

pagi tadi, dibah dan ayh dang hantar asyraaf dan mak ke airport.. segalanya berjalan dgn lancar.. rasa2nya skng ni dah sampai kat melaka..sebab flight dr sarawak pun pagi kan, jd dah tentu sampai dah.. :)

dalam time balik ni, bolehlah mak dang jenguk2 rumah kat melaka tu... mesti terubat rindu yon kat mak..hihi..pasni, tunggu plak kepulangan along ke melaka plak..hoho..tak sabar rasanya nak balik ke melaka..huhu..lambat lagi dang nak jumpa mak ayah dang, plus dgn 2 org adk yang berjumpa je mcm anjing dgn kucing..hihihi...tp itulah penguat kitaorg semua..dalam gadoh2 pun, ttp manja gitu..hahah...biasa lah kan, air dicincang tak kan putus.. :)

pic kenangan semasa wat check up 2 setahun lalu..


asyraaf...jumoa doktor tu ckp along kirim salam..hahaa..
pesan kat dia nanti along jumpa lain kali ek doktor tu..haha :)

peace ;p

Thursday, March 24

Hari terakhir bersama CC..

Alhamdullilah...Selesai juga program yang dang handle..Hari ini ialah hari terakhir dang bersama kawan2 dalam menjalankan program ini.. ini adalah sesi keempat dalam masa 2 bulan..sebelum ni, dang pun dah update entry berkenaan CC ni..jadi, ini adalah hari yang semua orang nanti2 kan..walaupun penat, tapi semua bekerja sama dalam keadaan yang happy kepada semua yang hadir.. :)

Good Job my friends!!

walaupun tak semua ahli yang hadir untuk support (padahal ini program under kelab), tapi dang tetap merasakan itu semua adalah hikmah..dang tak kan membalas..dang akan diam membisu...dang akan biarkan je..tapi tunggulah bila dah taw langit tu tinggi atau rendah...
bila dah tersedar, janganlah pula nak salahkan atau nak tunjuk rasa tak puas hati kat dang..
btl x?? sebab awal2 lagi dang dah cakap dan pesan..semua kena terlibat..
jadi pandai2 la fikir..semua dah besar panjangkan, jadi pandai la nilaikan sendiri..


*****************************************************************************

jadi, jom jenguk2 pic untuk saat2 terakhir bersama CUCI-CUCI (CC)... :)
lepas ni, mesti korang akan rindukan ia..hoho
















last sekali pengubat rindu dang pada keluarga yang jauh... :)
DEJAVU @ VETEREN.. :p



peace ;p

Sori Dibah... Along lambat!! :)

Sori!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sangat2 sebab along lambat update entry barang2 kiriman dari kelantan yang lepas... :) ni serba sdikit barang yang along sempat balun kat sana..hoho

selendang yang pelbagai corak..
* baru2 ni along ada beli lagi selendang warna ungu untuk ko.. jadi ko tubggu je la selendang tu mcm mane ek..sebab malas nk upload..hoho *
warna yang dikirim semua ada..berhempas pulas along cari yang paling terbaik dari kilang..hahha


ni tshirt untuk kita bertiga... along, abg, ko...
untuk asyraaf, along sori to say sbb xda yang berkenan..hoho
jadi, along belikan dia barang lain.. :) sebagai pengganti..


yang ni untuk abg angkat along kat melaka tu... Din.. :)
sibuk sangat nak baju thailand dia tu..hoho


ni untuk asyraaf...paling senang dan paling ringkas...
bolehlah dia bagi kwn2 kat sarawak tu.. :)
tunjuk kat dia nanti taw dibah..hihi



p/s: untuk mak pun ada sebenarnya..tapi tu kena tunggu sebab along import dr seberang..hahha..jadi, kena tunggu..hoho

peace :p

Kecilnya dunia.. :)

Dalam menunggu makanan tengah hari tersedia, dang jenguk2 la blog2 yang dang follow untuk mengikuti apa yang berlaku..bukan apa, dah lama sangat tak jalan2, jadi crita + aktiviti tu ada la yang tertinggal.. dalam jalan2 tu, dang masuk la ke blog

*
*
*
*
*
*


rupa2nya, zamir ni adalah junior dang dr SMT Sepang.. tak sangka betul dang..dunia ni memang btl2 kecil..hihihi :)

kepada zamir, thanks sebab buat entry,

kalau tak, dang xtaw kita ni dari satu tempat yang sama.. :) nanti bila wat reunion, bolehlah jumpa..hohoho...jd, inilah buktinya...dang tak cakap kosong taw... :)

kenangan bersama guru kelas, Puan Juwariah..


Bersama Sir Shah.. :)



peace ;p

Wednesday, March 23

Sebelum belajar pun, sempat lagi curi2..

Entry kali ni, dang nak bw rakan2 yang lain melihat tempat dang belajar.. saja2 nak berkongsi..bukan selalu kan dang crita2 mcm ni..jadi, ada masa sikit ni, dang update mana ptt.. :)
untuk kali ni, dang bw kan di lokasi Dewan Anggerik..dekat sini dang dan kawan2 belajar subjek OPM (introduction operation management)...
dewan ni besar la gak dan sesuai wat tayangan.. jadi klu nak wat tyangan movie ke, untuk kutipan dana atau untuk kelab, memang best la..:) jom jenguk2 dalam dewan..

sebelum tu, bergambar dulu dengan idola kelas..hahha.. Siapa??

*
*
*
*
*
*
*
*

Kak Did (di dalam kelas) a.k.a Dang Intan Duka (dikalangan blogger)..hihi


rozi dan eton..tiap2 hari pergi kelas sama2.. :)


menunggu kehadiran Mama in da house,

*
*
*
*
*
*
*
*

Erin... :)


dan akhir sekali ialah.....
jeng... jeng... jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
abg chas a.k.a TOKWAN..hahah


jadi, inilah layout dewan ni.. :) best x??




peace ;p

Syukur..Alhamdullilah...

Selesai sudah Test 2 bagi subjek Marketing yang dijalankan pada petang tadi..untuk test kali ni dang kurang perform sebab mengalami kesihatan yang kurang baik, masalah dalaman dan sebagainya.. nak cakap tak stdy, stdy je mcm biasa...maybe kurang usaha la dang rs...huhuhu..jadi,

JANGAN TIRU MACAM DANG!!!

bila nak hantar paper tadi, time tu la madam semak paper test 1 ari tu.. Adoi!!!makin cuak la dang dibuatnya... walaupun dah habis masa kelas, dang nak taw gak brapa keputusan dang.. dang sanggup tunggu.. :) dalam masa 5 minit je, dang dapat taw keputusannya.. Alhamdullilah..dang lulus untuk paper marketing Test 1... semalam pun, untuk subjek IBM (introduction international business), dang lulus untuk test 1..tapi untuk subjek2 yang lain dang masih lagi xtaw mcm mane keadaannya.. hope semua ok la walaupun dang dgr ada gak yang ter'KO... hope dang dapat cukup2 mkn pun jadilah...huhuu

pape pun hari ni dang dapat menarik nafas sedikit lega sebab dah taw result yang mana ptt...if ada yang ter'KO, dang rasa sebab kurang bernasib baik dan datang dr salah dang gak..sebab x usaha lebih..huhu..btl x??

peace ;p

p/s: kepada semua pelajar SPM, tahniah kepada yang berjaya..
yang tidak berjaya, korang bukan lah kalah cume tidak bernasib baik dan boleh berjaya pada masa akan datang.. :)


Tuesday, March 22

Sakit..

Hari ini, kesihatan kurang memuaskan.. sakit tekak sudah terasa..
bertambah pula sakit perut yang teramat macam nak meletup je..
Adoi.. xdapat nak fokus untuk stdy marketing...
esok dah la ada test..hurm..
macam mana nak bagi hilang sakit ni???
ubat dah bubuh, siap jadi panas perut ni..mcm di salai..
tolong2!!!!!!!!
dah jadi mcm udang kena bakar...memang terbaring je la kat ats katil ni....
nak stdy ni...
janganlah sakit sangat yang melampau2...
hukhukhukhuk

hope cepat la sembuh.. :(

peace

Monday, March 21

Luah rasa kat CK..

Balik dari kena kacau, dang terus call CK..konon2nya nak critakan kat dia apa yang dah jadi...
mula dari kul 11 mlm sampai ke pukul 1255 pagi..mak aih..lama tu.. sampai bernanah telinga dang dibuatnya..hoho

memang kena basuh la dengan CK...tp xpe, sbb bila difikirkan balik memang salah dang pun..huhuhuhuh.. jadi, tadah je la telinga ni dengan penuh berharap, kot2 CK pujuk ke..tapi hampeh...lagi kena ada la..wawawawa!! sampai hati CK...:(

apa yang CK ckpkan memang betul...segala pesanan CK, dang ingat dan dang xmau buat lagi..kalau nak melepak ke, mesti dang akan bw bodyguard... CK pun pesan macm tu..:)

pape pun thanks CK sebab dengar luahan rasa yang xbpe nak rasa ni.. walaupun penat kerja, tapi ttp luangkan ms kat dang.. toche2!!! :)

jasamu ttp di kenang.. :)

peace ;p


p/s: tetiba rs rindu dekat aren dan maria..
mcm mana lah korang kat sana??
kalau dang jd macam ni kat sana, mesti korang ada tolong back up kan....
huhuuhuhu

Pengalaman yang mengerikan..

Bercadang untuk tengok tayangan dalam kampus bertukar tragedi.. Begini kisahnya..
Jeng...........jeng..........jeng...............
*
*
*
*
*
*

Dang, rozi dan eton dah menunggu si erin untuk bersama-sama ke kampus pukul 815 mlm.. jadi, kitaorang pun tunggu la dengan penuh sabar.. 5 minit kemudian, dapat panggilan telefon dari erin,

erin: did...tayangan tu esok..ni pun fuad baru gtaw..huhu
dang: ow....yeke?? ok2..xpe la mcm tu..skng erin kat mana?
erin: otw balik la ni..huhu..
dang:ow..ok2..bye

jd dah salah, xkan nak mengamuk pulak kan.. jd, dengan muka selamba, dang bagi taw kat rozi dan eton, xjadi..dang ajak la dorang lepak kat taman dekat rumah kitaorng ni..dah siap2 kan, jadi malas nak balik rumah..apa salahnya amik angin malam..:) sambil2 tu ramai je orang berjogging malam2 mcm ni...

sambil2 tgh lepak kat taman, tetiba 1 motor datang ke arah kitaorg..berhenti betul2 dekat depan mata pulak tu..adoi!! mampus dalam hati dang tetiba terdetik..

mamat 1: buat apa ni kat sini?
dang: xda wat pape..
mamat 2: tak pergi kelas ker?
dang: xda kelas malam
mamat 2: yg lain tu pergi kelas je..
dang: dorang kelas lain..
mamat 1: oii....aku ckp dgn ko..ingat aku ckp bahasa jerman ker?
rozi: (buat muka selamba)....(jeling)
mamat 2: mana kg sura hujung?
dang: tak tahu la..x familiar..baru kat sini..
mamat 2: org kl?
dang: yup..
mamat 2: phm longhat kuantan?
dang: sikit2..tp phm kl lagi..
mamat 2: kna speaking la ni?
dang: xda la..biasa2 je..
mamat 1: (hulur kotak rokok kat dang...)
dang: tak hisap..
mamat 1: (hulur pula pada rozi...)
rozi: (jeling..)

pada masa yang sama, eton dalam diam call penyelamat kitaorg..call jiran rumah..suruh dtg kat taman sbb kena kacau sekarang..

mamat 2: muka dorang cuak dah..
dang, rozi, eton: (membatukan diri dan berpura-pura wat bodoh..)
mamat 1: jom blah..muka dah cuak..
mamat 1& 2: (ketawa berdekah2 sambil blah dari situ..)

blah je mamat2 tu, eton hantar msj kat jiran rumah, ckp dorang dah blah..tak perlulah dtg..lepas je sume tu, memang menyumpah semua kat mamat2 tu..

persoalan yang mula terfikir....kenapalah ada lagi golongan2 yang macam ni??

Rasa tak selamat dah..kejadian kat kelantan tu pun, tak habis fobia lagi..dah bertambah 1 lagi pengalaman yang mengerikan.. memang fobia ar... sekarang ni tak boleh orang tegur sikit..lebih2 lagi kalau lelaki yang dang tak kenal..mulalah muka gelabah semacam..:(


p/s:dialog diatas semuanya dalam loghat terangganu...
kecuali dialog dang dan rozi..


peace :p

Friday, March 18

Tersenyum je..macam kerang busuk jadinya.. :)

Senyum seindah suria.... Itulah ungkapan yang dang dapat gambarkan..
bila dapat call dari CK, terus je senyum...
macam2 diborakkan..
sampai xsedar lama bebenor bergayut..hohoho
senyum....senyum.....senyum.......
malam ni bolehlah tidur dengan lena.. :)





bak kata pepatah,
berkawan biar beribu, bercinta hanya yang 1.. :)

peace ;p

Merajuk ar macam ni..

Bila di fikirkan balik, dang rasa malas...Asyik2 jadi macam ni.. Tolongla jangan selalu macam ni..Semua orang tunggu dang..Nanti mula la cakap dang ni sekejap je angan2 dia...huhuhu.. Memang merajuk gila, bila jadi macam ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TOLONGLAH INTERNET JANGAN LEMBAP..!!!!


mood:merajuk sekarang ni..

Monday, March 14

Peristiwa di sana yang tak dapat dang lupakan..

Ada satu peristiwa yang dang nak gtaw tentang korang semua tentang tragedi yang berlaku di kelantan..time tu memang mendebarkan tapi bila difikirkan balik lucu pun ada..

begini ceritanya....

Setibanya dang, rozi dan eton di kelantan, kitaorang berhenti di tepi jalan je..sebab laluan ke rumah eton adalah 1 jalan perjalanan bas.. jadi, dalam mamai turun bus, memang ketawa je la.. dang dan rozi macam biasa, bercakap je..tak sedar waktu tu jam masih lagi awal dan xda orang yang ada kat situ.. nasib baiklah rumah eton tu ada Esso, jadi xda la takut sangat nak jalan..tempat pun terang..

time kitaorang tgh berjalan tu, ada la sorang mamat motor ni menghala ke dang dan kawan2.. dang dan rozi masih lagi wat dek sebab ingtkan mamat tu kawan eton..time tu bayangkan, dang dan rozi masih lagi rancak berbual..siap gelak2 tu.. pastu bila keadaan dah lain macam, dang terus diamkan diri..sebab terkejut dengan apa yang sedang berlaku.. nak lari pun xboleh sebab member mamat motor tu dah dtg..dari arah depan..kira dang, eton dan rozi ni berada di tengah2..dalam bulatan la yang pastinya..memang cuak..muka dang time tu kalau ditoreh dengan pisau, gerenti xda darah..cuak tu beb!!!!

mamat2 motor tu kacau2 lagi...tp nasib baiklah dorang tak meraba2..kalau tak, memang tak tahu lah nasib ktarang semua... nak minx tolong pun, xda orang..sunyi kan time tu.. mamat yang mula2 kacau tu siap ckp dalam bahasa kl lagi..tp bayangkan lah bila loghat kl + kelantan, tak ketawa korang dengar..dang yang time tu denagr pun dah gelak2 je..tapi dalam keadaan terkawal la kan..rozi plak muka dah berasap..tp nk bg penumbuk, tak boleh sebab takut lain plak yang jd.. dang memang flw eton je la..jalan pun mcm dah tak tentu arah..hoho..last2, bila nak dekat simpang, eton dengan selambanya dan tak ada perasaan apa2 pun, terus cakap "Adoi....bau budu la...."
hahhaha..amik ko...!!!!!! mamat2 yang ckp dalm loghat tu terus ketawa dan blah..sbb dah malu la kan..pastu sempat lagi dorang ckp..
" Ala...orang cni gak..cabut2.."
korang paham mksd mamat tu?? mksdnya, dorang xdapat la nak kacau orang yang luar dari kelantan..last2 orang kelantan gak..

rasa lega la bila dorang dah blah..adoi..dalam hati memang dang dah cakap, xkan pergi lagi ke kelantan sorang2..takut hal ni jd lagi...huhuhu

pape pun nasib baik semua selamat..:) alhamdlh..

ni je la critanya..jadi, kpd yang perempuan nak pergi ke kelantan, berhati2 lah kamu yer..jangan percaya sanagt dengan budak2 kelantan ni.. bukan apa, tak semua yang nakal..tp kebanyakkannya memang semua..hoho..

peace ;p

Hari kedua di ngeri Cik Siti Wan Kembang..

Kini...hari kedua pula dang nak berkongsi..:) kali ni destinasi yang dituju ialah di rantau panjang..
cuaca ttp hujan..tapi mood berjalan makin memuncak..haha



borong2 di pasar..haha






kat mak cik ni dang beli satay ikan..tetiba plak rasa nak makan..haha



itu je la yang dang dapat rakamkan di ngeri kelantan ni.. malam tu kami bertolak balik ke dungun pada pukul 11 malam..perjalanan macam biasa, ramai orang..dah musim cuti sekolah kan.. :)



mesti korang tertanya-tanyakan, apa barang yang dang shoping kan?? hahaha
tu tgu je la dlu ok?? sebab sekarang ni, dang tak dapat nak upload pic tu sume..ada masalah yang tak dapat dielakkan.. :)

peace :p