Tak sangka hari yang aku nanti-nantikan bakal menjelma. Ini kerana, jika tiada aral melintang, aku akan sampai ke tempat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Universiti, mana lagi kalau bukan puncak perdana. Aku ingat selepas sahaja aku dah menyambungkan ke peringkat seterusnya, aku dah tak kan menjejakkan lagi ke puncak.. Rupa-rupanya ternyata silap sama sekali. Selama aku di Terengganu, dalam hati aku sentiasa ingat kepada puncak. Memang rindu sangat-sangat. Tujuan aku kembali ke sana adalah kerana aku ingin ke raptai konvo yang bakal diadakan pada 20 hb nie, hari Sabtu. Jadi, bak kata pepatah lama, "sambil menyelam minum air". Bukan ape, aku rindu kat kawan-kawan seperjuangan dulu. Sekarang ni walaupun musim cuti, tapi aku yakin perjumpaan sesama rakan yang lain pasti akan terjadi. Sebab kat sinilah bermulanya semua memori..Nantikan perjumpaan kitanya kawan-kawan, walaupun hanya beberapa ketika..:) Insyaallah..
Hari terakhir aku berada di puncak, menunggu kedatangan keluarga..
Berada di puncak Bukit Tonggek, di belakang kampus aku..
begitu banyak kenangan yang terjadi di sini.
Rakan-rakan seperjuangan semasa sem 1..
Dari ramai-ramai nie, ada yang telah membawa diri untuk tujuan yang lain..
semasa kelas lakonan di bawah tunjuk ajar Puan Amy..

Sehingga sem 6, segelintir sahaja yang tinggal..
walau pape pun, aku tetap RINDU korang sume..
Dalam ramai-ramai sahabat ni, ada beberapa kawan yang bersama-sama dengan aku yang banyak melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Aku mengimpikan aku dapat berborak seperti dulu, berkongsi-kongsi cerita dan macam-macam lagi la.
Ni syrah, dia teman aku sepanjang aku diploma.
Aku mula rapat dengan dia semasa aku sem 2. Kalau nak pegi mana-mana je, pasti aku dengan dia..pegi ke kelas sama-sama, makan sama-sama..Melainkan jika aku ada perjumpaan dengan persatuan pape, barulah aku dengan syrah ni akan berenggang seketika. Bak kata budak-budak kelas aku, macam kembar la. Tapi tu suma hanya tinggal kenangan.......
Ni pula ialah Azlin tp aku panggil Lin jer..
Aku dengan dia 1 umah semasa sem 1. Kemudian, sem 3 baru sama rumah balik.. Dengan lin ni, kalau pegi window shopping ke, memang best. Sebab dia taw apa yang aku nak begitu juga la sebaliknya. Memang banyak rahsia yang aku berkongsi dengan dia. Aku juga selalu menjadi penasihat dia dalam apa jua segala keputusan yang dia nak buat. Kiranya macam seorang kakak yang menjaga adiknya..

Aku mula rapat dengan dua orang kawan sekelas aku ni selepas aku selesai praktikal di RKC dulu iaitu pada sem 6. Bukan ape, aku bersama-sama dengan dorang dalam berpraktikal. Dengan dorang nie, aku jadi siapa aku yang sebenar. Dorang ni Arin dan juga Maria. Dorang ni tak kisah aku ni macam mana, kiranya dorang ni trima aku seadanya lah. Aku mula menjadi diri sendiri dan belajar mengenali rakan-rakan yang lain.
Untuk semua sahabat aku, aku tetap Rindu + Sayang..
Semoga persahabatan kita kekal selamanya..
:p
3 comments:
hoi. sedih & pilu lak aku bace entry ni.. haha :D ye ah, aku rindoo gile zaman diploma. skang dah len sangat suasane nye. penoh ngan dak2 baru...
dah 2 sume nak bajet pandai..
*kite jmpe kat DSB nanti ! x saba doe !!
k.did..!!
selamat berkonvo yerk..
time ats pentas amek scrol tuh senyum lebar2 pndg kamera..haha
ht2 naek pentas..kekekekee
mybe xpt join tgk k.did konvo,,huhu..ape2 pon TAHNIAH!
hope sume slmt2..heee :)
maria: aku taw tue...aku pn trasa gak apa yg ko rs..xpe2, mcm2 ragam kte akan jmpa dan kna tempuh..
pasni, kte jmpa lg..jmpa time konvo lak..hoho
qilah: thanks qilah, adk ku syg..hihi
tu sudah pasti, memg k.did akn lebarkan senyuman yg plg menawan ni..hhahah
ow..yeke?? xpe la if mcm tu..pape pn thanks k..
insyaallah, sumenya akan berjalan lancar..amin..:)
Post a Comment