Thursday, November 25

Bakal Graduasi :)

Esok tanggal 26hb November 2010, di Dewan Sri Budiman pada pukul 8 pagi, aku bakal menjadi seorang graduasi yang dilahirkan oleh IPTA yang sangat kita semua kagumi iaitu Universiti Teknologi Mara Malaysia. Bukan senang untuk aku menggenggam segulung diploma. Selama 3 tahun, aku telah berhempas pulas untuk memperolehnya. Banyak yang aku pelajari dan penat lelah aku kini telah terbayar dengan penganugerahan sekeping kertas esok. Walaupun hanya sekeping kertas yang bagi korang tiada nilai, tetapi bagi aku ia adalah tanda dan bukti aku selama ini yang tidak boleh dijual beli walaupun korang semua sanggup untuk bayar beribu-ribu lemon. Itulah skrol, harta aku paling bernilai untuk abad ini.

Aku berasa sangat bertuah kerana berkat doa dan restu keluargaku, segala perjalanan aku dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pelajar selama 3 tahun yang lalu telah berjaya aku harungi walaupun banyak dugaan dan pengalaman yang aku telah hadapi. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah aku yang selama ini telah mencurahkan segala ilmu kepada aku. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang selama ini menyokong aku tak kira la dari belakang depan atau setiap penjuru pun, aku mengucapkan syukur kerana korang semua bersatu padu dan menolong aku dalam setiap perjuangan yang kita lalui. Banyak jalan yang kita telah lalui bersama walaupun sesetengah dari kita masih lagi tercicir di belakang. Tapi pape pun, kita semua doakan semuanya bakal merasa menjadi seorang GRADUAN..

Perjuangan aku belum lagi tamat disini.. Masih panjang untuk aku lalui.
Semoga semua kenalan, followers, dan tidak lupa juga stalker, doakan lah segala perancangan aku rancangkan di dalam hidup bakal berjalan dengan lancar..
Insya'allah...Amin.. :)

No comments: