Mesti semua orang pelik kenapa pagi2 lagi dang dah mengaktifkan diri di alam maya ni kan... Bukan tidak ada kelas sekarang ni tapi cara pembelajaran dah berubah.. Belajar dari rumah.. Semuanya di hujung jari anda sahaja.. :)
Sekarang ni dang perlu mengaktifkan diri di alam i-Learn portal untuk terlibat dalam sesi tutorial.. Portal ni hanya di UiTM je kot.. Kalau dekat U lain, dang tak tahulah dorang guna ke x..
Tujuan dang cerita ni nak berkongsi, walau di mana sahaja anda berada, ilmu itu sentiasa berada di merata-rata tempat.. Walaupun hanya di dalam bilik tidur..hihihi
Kalau pergi kelas, tak ada la ngantuk sangat (tipu je, padahal tersenguk2 gak).. Bila pandang sebelah katil, nampak kawan sebilik sedap diulit mimpi, memang membuatkan dang cemburu.. Tapi takpe, selesai je kerja tutorial ni (padahal boleh submit sampai pukul 5 ptg), dang sambung balik beradu, itu pun if ada sisa2 masa yang tinggal.. :) Bukan apa, dang malas nak tangguh2 kerja ni, nanti kang makin banyak plak..
ok la, nak sambung wat tutorial.. :)
peace
No comments:
Post a Comment